gLike
PROTON DESIGN COMPETITION 2015

Lakaran rekabentuk kereta ini di inspirasikan dari harimau yang sedang berlari yang mana melambangkan kegagahan dan kelincahan pada rupa bentuk proton FAMILLIA. Jika kita lihat rekaan luar proton FAMILLIA, ia sudah tentu meyakinkan lagi para pengguna tentang soal keselamatan mereka sepanjang perjalanan bersama keluarga tersayang kerana reka bentuk nya yang nampak gagah. Disinilah rekabentuk memainkan peranan dalam memikat hati pengguna.
Penggunaan ruang yang maksima juga menjadi keutamaan saya dalam merekebentuk proton FAMILLIA ini kerana menepati dengan tema yang diberikan iaitu merekebentuk sebuah kereta konsep untuk keluarga.Penggunaan ruang perlu diambil kira untuk memberi keselesaan semaksima mungkin kepada sesebuah keluarga sepanjang perjalanan bagi menjadikan perjalanan mereka lebih bermakna.

Amaludeen Mohd Yusoff
STUDENT Kuala Terengganu, Malaysia